BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 9, 2009

~Malam Yang Lawak~



Nak tahu kenapa Wardah tulis tajuk "Malam yang lawak"?
Haa...ceritanya begini...

Semalam...9hb Nov 2009...
Wardah sedang mengexplore ape ntah Wardah pun tak ingat dalam internet...
Masa tu,Kak Sarah,Kak Iman,Honey dan IxOra tengah study...
Diorang ada exam hari ni kul 2.30ptg...
Bittaufiq wannajah buat diorang...

My_ieka pula malam tu ada meeting.
Okeh,bermulanya cerita begini...
Tengah-tengah khusyuk duk ngadap laptop...
Jeng jeng jeng...hihi datanglah Kak Sarah ke bilik Wardah...
Kak Sarah dah letih baca kot...
Lepak-lepak kejap kat bilik Wardah,dan lepas tu,
datang pula Honey...

Wardah pun tengok blog tadi...
Wardah pun katalah:
"Cuba korang baca ni,karangan ni kelakar...tapi kesian jugak la...," Cuba korang baca...
Kalau nak besarkan tekan CTRL ++ dan jika nak kecikkan balik, tekan CTRL --


Lepas je diorang baca,mulalah gelak ketawa diorang dan...

"Eh eh...ya Allah...,"kata Kak Sarah terkejut dengan kejujuran adik Bob tentang kisah keluarganya.


"Ya Allah...mula-mula memang kelakar..pastu tiba-tiba cite pasal mak dia tu,ya Allah.."keluh Honey pula.


"Tu la...mak dia boleh pulak gtau anak dia...sian bob,"

"Budak-budak kan,memang jujur.Dan pelik jugak, macam mana kecik-kecik pun dah tahu pasal anak luar nikah...?"
Mulalah kami merepek..huhu

Kemudian kisah seterusnya...huu~Senang betul adik ni buat karangan guna ayat sama jee...hihi


Haa..karangan ni membuatkan satu bilik dengar
Kak Sarah dan Honey ni gelak..huhu memang macam orang baru lepas tension study..hee~
Wardah pun gelak tengok diorang ni gelak heeeeee~

Apapun Kak Iman dan IxOra tetap setia dengan bacaan2 mereka... sengihnampakgigi Ada lagii...haa ni pula karangan adik kita darjah 4 UPSR...huu.. Ni memang terpengaruh dengan tv..hihi Siap ultraman dan transformer pun ade..adeh..letih gelak..huhu.. Tapi tahniah jugaklah pada adik ni sebab karangannya dinobatkan sebagai karangan terbaik UPSR 2007..^_^

Karangan Terbaik UPSR 2007
Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

gelakguling
gelakguling

gelakguling
Lepas tu...baca pulak lawak dalam IluvIslam.com nampak macam diorang seronok jer huhu... Dan lepas tu,Kak Sarah kata:

"Dah lama rehat ni...jam pukul berapa?"
"11.40" "
"Kul 11 dah?"


Kemudian,berjalanlah Kak Sarah menuju biliknya..hee..~ Dan Honey masih setia di bilik Wardah kerana Honey study di situ... Kemudian Wardah tunjukkan lawak yang lawak sangat dekat Honey hee... Lawak yang kita xsangka ceritanya macam tu... Haaa meh Wardah kongsikan dengan semua ye...

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama... Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata SURPRISE!!

HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'..:

malu

malu
gelakguling hahahaha....tak tahu la Wardah... Boleh pulak buat macam tu kat tengah-tengah alam..hehe...

Jadi pengajarannya,even xde sape pun depan mata kita,ingat ada yang perhatikan tingkah laku kita,kalau bukan orang pun,Allah nampak...
Huh..memang penat gelak... Pastu,Honey pun sambung balik study...
~Tamat~ Haa..itulah karangan Wardah yang bertajuk "Malam Yang Lawak" hahahahagelakguling

~wardah~

3 comments:

FRESHIE said...

salam. maaf. kalau dihayati dgn betul crite adik bob tu, dia sgt kasihan. kalau mmg itu crite benar. sgt2 kasihan..

sarah said...

pasti ku abadikan kenagan malam itu :)

SJ-7 said...

To Freshie:Ye betul Wardah akui...
Sebab tu kami pun xbanyak ketawa jika baca kisah dia..
Kami semua pun sedih sangat,dan kesian pada adik bob...Kami cuma tumpukan pada cara dia menulis...^^Sama2 kita doakan kebahagiaan buat adik bob.

Tapi cerita lain tu memang kelakar pada mlm itu..hee~

To Kak Sarah:Betul Kak Sarah,dahlah esoknya Kak Sarah
exam...lama pulak tu duk lepak dan gelak..habis hilang ilmu yg dibaca sebelum tuu..heee~tq sangat sebab teman Wardah malam tuu...hihi