Hujan masih turun membasahi bumi..
Renyai-renyai bersama angin...
Sejuknya terasa diri ini...
Sambil melayari internet dan bersembang bersama roomate dibilik ini...
Oh senangnya hati...
Exam makin mengahampiri..
Tapi diri tetap xsedar diri..
Erm..susahnya jadi mahasiswi...
Itulah dia realiti...
Bila ingin menyedapkan hati..
Dengan pegang buku sambil tengok tv,
Akhirnya buku diletak ketepi...
Roomate sudah lena dibuai mimpi,
Tapi diri masih juga melayan cerita ceriti,
Masih juga xsedar diri..
Tahajjud tidak lagi sebati...
Dan Solat Subuh di waktu matahari meninggi...
Astaghfirullah...
Selepas Subuh tidur kembali,
Menggantikan malam yang dipenuhi aktiviti,
Sehingga sampai waktu tengahari...
Syukran Kak Sarah meng'offer' diri,
Untuk membelikan makanan tengahari.
Terima kasih ya Allah ya rahman ya Rahim,
Kerana menghadiahkan roomate yang baik hati...
Yang bersama bila susah hati...
dan saling berkongsi bila ada masalah menyelubungi....
Itulah kisah sehari ini,
Jangan lalai sehingga menyesal diri,
Exam tidak boleh dijawab nanti,
Tidak gunalah air mata darah ini.
Wahai semua sahabat dan taulan..
Moga kisah menjadi pengajaran...
Setiap detik penuh ujian..
Cuma kita perlu kepada kekuatan...
Diri Wardah seorang insan,
Mengharapkan doa dari kalian,
Untuk menjadi hamba beriman,
Serta menjadi mujahidah yang tidak mengalah bila ditimpa ujian.
~wardah~



0 comments:
Post a Comment